Total Pageviews

Pages

Sunday, April 10, 2011

Alhamdulillah

Bermula 21.03.2011 maka bermulah semula tugasju sebagai seorang guru setelah 2 tahun lebih bercuti belajar kat ukm.alhamdulillah dengan tidak dirancang dan disangka2 dapat posting kat kelantan negeri kelahiranku tapi dapat kat Machang(ada la 60 km lebih dari rumah asal kat Tumpat)ala kullihalnya syukur lah.

Apa2 pun yang penting sekarang ni dah bertugas balik sebagai seorang guru.ada orang tanya "Ustaz!Mesti lepas ni jadi pensyarah" biasa tu la orang akan tanya....Tapi kita ni bila jadi seorang guru,buat la master ke phd ke kita tetap jadi seorang guru..gaji tak naik2 pun,pangkat? sama je la..tu yang ramai cikgu tak nak sambung belajar...apa2 pun ku bersyukur dapat sambung belajar kerana itu bukan matlamat ku yang sebenar..yg penting dapat menimba sedikit sebanyak ilmu untuk dibawa ke alam akhirat nanti.

Kini dah hampir 3 minggu saya berada di SMK(a)Wataniah Machang,alhamdulillah setakat ni ok la tapi masalahnya kena ajar macam2 dari PJK ,Sivik,ICT...dan tentunya Pendidikan Islam dan satu lg kena ajar Usuluddin tingkatan 6atas....

Apa2 pun syukur kepada Allah segalanya setakat ni berjalan lancar dan rasanya alhamdulillah syukur kepada Allah.....