Total Pageviews

Pages

Monday, July 6, 2009

4 PERKARA YANG BERHARGA

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh
hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit
adalah
empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang
yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui
oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa
bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

1 comment:

Anonymous said...

Peringatan yang baik. Akh Najib, sebenarnya apa yang anta tulis ini point2 bagus atau pasak2 untuk satu artikel. Cuba anta kembangkan dan kaitkan dengan kehidupan.
Artikel yang baik ialah artikel yang ada pasak (dalil)yang mengukuh dan mengindahkan coretan.
Bagi ana elok juga kalau anta takhrij hadis2 itu. Dapat ana ambil jadi dalil untuk penulisan.
Go on.